Amy Mastura Pernah Muncul Dalam Cerita Jepun, Sifatkan Pengalaman Paling Bermakna – “Pengurusan Mereka Sangat Rapi..”

Hiburan

Amy Mastura Pernah Muncul Dalam Cerita Jepun, Sifatkan Pengalaman Paling Bermakna – “Pengurusan Mereka Sangat Rapi..”

Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura mengakui bahawa dia tidak menyangka klip video kemunculan istimewa dalam filem Jepun dahulu menjadi tular di aplikasi TikTok.

Menurut Berita Harian, Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi berkata, dia sendiri tidak ingat pembabitannya dalam filem tersebut.

Advertisement

Namun, dia masih ingat pengalaman bekerja dengan produksi Jepun yang sangat mengagumkan.

Pengurusan mereka sangat tersusun rapi dan dirancang cukup baik. Mereka siap buat peta KLCC dan orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka hati ketika penggambaran.

 

Saya sahaja dibenarkan ambil gambar dengan peminat. Peminat pelakon Jepun pun ambil gambar dengan saya sahaja. Selepas tamat penggambaran, barulah dapat bergambar ramai-ramai.

Walaupun kemunculannya sangat pendek, dia menyifatkan pengalaman itu cukup berharga buatnya.

amy mastura

Dia menjelaskan terbabit dengan produksi Jepun benar-benar memberikannya kepuasan yang sangat berbeza.

Dapatlah merasa bagaimana bekerja dengan orang Jepun. Ingatkan mungkin boleh buat buat kemunculan lagi. Rupa-rupanya, watak ini sudah tidak menggunakan topeng wajah saya.

 

Apapun, saya berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Walaupun kecil, tapi dapat jugalah merasa.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan Amy membawa watak penjual mainan di laman perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Walau bagaimanapun, watak itu sebenarnya seorang lelaki yang sekadar menggunakan topeng wajah Amy.

Difahamkan, filem yang menampilkan selebriti tanah air itu merupakan filem The Files of Young Kindaichi: Prison School Murder Mystery sebuah telemovie istimewa dari siri televisyen The Files of Young Kindaichi Neo.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

rosyam nor keluarga itu dikecam bawa watak jijik
4 weeks ago

"Jangan Hentam, Watak Iman Dalam Drama Keluarga Itu Hanya Lakonan" - Rosyam Nor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...