Pempengaruh media sosial, Ammar Nazhan, tampil memberikan penjelasan susulan dakwaan kononnya dia meninggalkan seorang wanita selepas namanya melonjak naik di media sosial.
Ammar, 29, menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas dan menyifatkan wanita dikenali sebagai Lyn telah melakukan fitnah terhadap dirinya menerusi kandungan yang dimuat naik.
Sebenarnya saya boleh cakap satu saja, video dan gambar yang dimuat naik itu telah disunting oleh si dia.
Menurut Ammar, walaupun dia mungkin pernah mengenali individu berkenaan, perkara itu tidak bermakna wujud hubungan seperti yang digambarkan. Sebaliknya, dia menegaskan niatnya sejak awal adalah serius untuk menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Elya Maisara.
Saya mungkin pernah kenal dia tetapi saya memang serius mahu menamatkan zaman bujang bersama Elya. Video itu memang tidak betul.
Dalam pada itu, Ammar turut memohon agar individu terbabit memadam kandungan berkenaan bagi mengelakkan salah faham berterusan dalam kalangan orang ramai.
Saya tiada kena mengena dengan awak. Video itu adalah tuduhan tidak berasas. Saya juga nak minta maaf kepada Elya kalau ada salah faham.
Terdahulu, Lyn memuat naik video yang memaparkan momen bersama Ammar sehingga mencetuskan perhatian netizen. Hantaran tersebut dibuat tidak lama selepas Ammar selamat merisik Elya Maisara, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai hubungan lampau pempengaruh itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

