Rasanya semua orang tahu yang Ammar Alfian dan Puteri Sarah satu ketika dahulu pernah hangat bercinta. Kisah percintaan mereka memang menjadi bualan ramai. Sayangnya hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Puteri Sarah pun sedang dalam proses perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik dengan mencuba untuk bertudung.
Namun beberapa hari yang lepas, Ammar Alfian menerusi laman Facebooknya telah men”update” satu status yang seolah-olah menyindir Puteri Sarah.
Namun apabila ditanya oleh wartawan Mstar Online, Ammar memberitahu yang status tersebut ditulis secara rambang dan tidak ditujukan khusus buat bekas kekasihnya itu. Kata Ammar:-
Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja. Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung.
Kalau memang tak ditujukan kepada Puteri Sarah, baguslah. Bukan apa, walaupun sudah tiada apa-apa hubungan, janganlah lemahkan semangat orang lain yang nak berubah. Kalau boleh bagilah kata-kata semangat. Bukannya berubah ke arah kejahatan. Sedih kot kalau kena sindir tak pasal-pasal. Tak gitu?
P.S: Banyak betul khasiat Zarra Gluta C ini. Halal, terbukti berkesan dan selamat digunakan untuk wanita mengandung dan menyusukan badan. Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh LIKE Facebook CantikNara, email ke [email protected] atau SMS/Whatsapp ke 013-594-7061.