Sejak daripada foto bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan tersebar, nama Ammar Alfian sehingga kini masih lagi dikaitkan dengan pelbagai gosip dan kontroversi. Terbaru, viral di media sosial yang mendakwa Ammar kononnya menjalakan kegiatan mengugut beberapa individu dengan menyimpan foto bogel mereka bagi mendapatkan wang.
Dakwaan tersebut mengatakan Ammar mengugut untuk menyebarkan gambar bogel dua orang wanita dan meminta wang jika tidak mahu foto bogel mereka didedahkan kepada umum.
Tidak tahan dikaitkan dengan perkara seperti itu lagi, Ammar memberitahu beliau akan mengambil tindakan terhadSaya tidak ambil kisah apa yang orang nak tuduh tapi saya akan buat laporan polis tentang perkara ini.
Saya mahu orang yang menuduh saya tanpa bukti akan terima akibatnya kerana dengan sewenang-wenangnya mengaitkan nama sayaap mereka yang menjaja cerita tidak benar itu.
Menurut Ammar, jika benar perkara itu berlaku mengapakah wanita-wanita itu tidak membuat laporan polis dan tampil dengan bukti yang kukuh.
Dari kes Idris Khan dahulu saya sudah minta mereka yang mengaitkan saya agar tampil dengan bukti tapi sampai sekarang tiada. Bila ada cerita buruk semua orang minta saya komen sedangkan saya tiada kena mengena dalam perkara ini. Orang yang bersalah pula terlepas dan terus mendapat perhatian di televisyen.
Ammar meminta agar dirinya tidak diganggu lagi selepas ini dengan cerita-cerita negatif kerana beliau bukan lagi seorang selebriti. Ammar juga ingin hidup bahagian dan tenang seperti orang lain.
Saya cuma nak hidup tenang dan gembira sahaja, saya ambil keputusan untuk keluar dari industri kerana tidak mahu dengar cerita-cerita begini. Saya sudah berkahwin dan ingin hidup baru dalam keadaan aman.
Kadang-kadang kesian juga lihat Ammar Alfian kerana sering dijadikan kambing hitam dalam mana-mana kontroversi dan gosip. Tidak adil juga untuk terus menghukum beliau hanya kerana masa silamnya. Berikan ruang untuk beliau berubah.