November 11th, 2014

Patah tumbuh hilang berganti. Putus cinta bukan bermakna hati kita tak akan terbuka untuk menerima orang lain. Apabila bertemu dengan ‘si dia’ yang istimewa, pasti kita akan kembali bercinta. Setelah gagal dalam percintaan sebelum ini, Ammar Alfian kini mengakui yang hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang model antarabangsa. Gadis bertuah itu bernama├é┬áCasandra Azman.

ammar dan casandra azman

Cantik kan orangnya? Memang sesuai sangat dengan Ammar Alfian. Sekali pandang memang seiras sungguh. Casandra yang baru berusia 22 tahun pernah menjadi finalis Top 6 model Ford 2011. Kata Ammar mengenai hubungan mereka berdua:-

Ya, saya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang model dan dia baru berusia 22 tahun. Sekarang ini saya baru nak aktif semula dalam dunia lakonan manakala dia pula rancak dengan pentas peragaan. Belajar daripada perhubungan lalu, saya tak mahu terlalu merancang kerana bimbang ia tidak menjadi

ammar dan casandra azman

Abang Nara tengok Ammar pun sekarang semakin matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Ternyata pengalaman mendewasakan Ammar. Buat masa ini, memang wajar untuk anda berdua fokus pada bidang masing-masing. Sementara masih muda, bekerjalah sekeras-kerasnya untuk masa hadapan. Lepas dah puas hati dengan kerjaya, bolehlah fikir tentang perkahwinan. Tak gitu? Semoga hubungan Ammar dan Casandra akan berakhir ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Konsep garisan bercahaya di jalan raya


Comments are closed.

Loading...