Ammar Alfian Akui Buat Tatu Selepas Putus Cinta Dengan Puteri Sarah

Hiburan

Ammar Alfian Akui Buat Tatu Selepas Putus Cinta Dengan Puteri Sarah

Lama kan kita tidak dengan sebarang berita mengenai model dan pelakon terkenal dengan imej budak jahat iaitu Ammar Alfian Aziz. Namun, sejak beberapa hari lepas nama beliau sekali lagi dihimpit kontroversi dek kerana terlalu kerap memuat naik foto dirinya di Instagram yang turut menampakkan tatu pada bahu beliau.

Advertisement

Tentu sekali pelbagai persoalan dan spekulasi yang tercetus kerana tatu tersebut kerana umum mengetahui Ammar adalah seorang Muslim.

Ingin menjelaskan perkara tersebut dengan lebih lanjut, Ammar menerusi portal Harian Metro berkata beliau bukan sengaja mahu mencari publisiti murahan dengan menayang foto beliau tanpa baju bersama tatu itu di Instagram.

Malah, Ammar turut mengakui bahawa tatu tersebut bersifat kekal dan ia dibuat selepas beliau kecewa kerana putus cinta dengan pelakon Puteri Sarah sekitar dua tahun lepas.

Tatu di dada dan bahu saya itu dibuat selepas putus cinta dengan seorang pelakon kira-kira dua tahun lalu. Niat saya memuat naik gambar dalam keadaan begitu kerana itu adalah diri saya. Inilah kehidupan saya. Saya tidak perlu menjadi orang lain demi menjaga hati orang lain.

Saya mahu biarlah orang ramai lebih memandang bakat lakonan saya dan bukan kisah-kisah peribadi saya seperti ini.

Tambah Ammar, beliau ada mempunyai niat untuk membuang tatu tersebut namun masih belum mempunyai kaedah yang terbaik untuk melakukannya tanpa sebarang kesan buruk terhadap kulitnya.

Saya memang nak buang tatu ini. Saya sudah pergi ke beberapa klinik dan mereka menyatakan akan ada kesan parut jika saya membuangnya. Mereka turut menyarankan saya melakukannya di Amerika Syarikat kerana di sana kaedahnya lebih bagus tanpa sebarang kesan parut. Jika ada rezeki memang saya mahu ke sana untuk membuang tatu ini.

Semua orang mempunyai kisah silam hitam mereka tersendiri, namun setiap kesalahan yang kita buat itu akan menjadi pengajaran di masa hadapan. Bukannya kami sokong tindakan Ammar Alfian untuk melukis tatu dibadan yang tentu sekali haram di sisi Islam, tetapi siapa yang tidak pernah buat silap bukan? Doakan yang terbaik sahaja buat Ammar siapa tahu satu hari nanti beliau akan benar-benar berubah.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...