Amira Othman Sentiasa Jaga Solat – “Saya Seorang Pendosa, Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya..”

Hiburan

Amira Othman Sentiasa Jaga Solat – “Saya Seorang Pendosa, Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya..”

Penyanyi Amira Othman berkongsi pandangannya mengenai kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Menerusi sesi temu bual di podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube, Amira, atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, mengakui bahawa dia bukanlah insan yang sempurna, namun tetap berpegang teguh pada kewajipan solat.

Advertisement

amira othman

Saya memang tak baik, saya seorang pendosa tapi saya berpegang bahawa saya kena solat.

 

Saya memang yakin bahawa solat itu tiang agama. Jahatlah macam mana pun kita kena solat.

Kata Amira, solat telah menjadi pegangan hidupnya sejak zaman persekolahan lagi malah banyak membantu dirinya untuk kekal berdisiplin dalam kehidupan.

amira othman

Alhamdulillah, solat ni saya dah terapkan sejak sekolah lagi. Tidaklah saya ini bagus tapi memang kita kena solat dan ia perkara paling asas.

Dia turut berkata, setiap insan melalui perjalanan hidup yang berbeza namun dia percaya bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi juga penyelamat yang membimbing seseorang kembali ke jalan yang benar.

Solat ini banyak menyelamatkan saya dan Alhamdulillah mak ayah memang selalu memantau. Saya sering dipantau walaupun jauh dari keluarga.

 

Solat adalah penyelamat kita, solat akan menggerakkan kita bila kita nak buat benda jahat. Kalau kita tersasar melakukan perkara jahat pun insya-Allah kita akan berpatah balik kerana banyak doa dan berkat dalam solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Penyanyi itu turut menegaskan bahawa niatnya bukanlah untuk menunjukkan dirinya seorang yang baik namun sekadar ingin berkongsi kepentingan menjaga solat walau dalam apa jua keadaan.

amira othman nafi bertunang
6 days ago

Pakai Busana Putih, Amira Othman Disangka Bertunang Dengan Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...