Kerana pernah menjadi mangsa buli siber, Amira Othman menasihati warganet untuk lebih berhemah ketika meninggalkan komen-komen di media sosial.
Penyanyi dan pelakon Nadia Othman berkata warganet yang sering kali meninggalkan komen yang negatif perlu berfikir dahulu sebelum menulis perkataan-perkataan yang boleh menguris hati seseorang.
Ketika ditemubual oleh mStar, dia berkata,
Takut bila baca, luar biasa betul mereka ini komen. Bagi saya sceara peribadi, perkara ini tidak seharusnya berlaku tapi nak kawal mulut manusia ini bukannya mudah.
Kalau dulu saya mungkin layan tapi sekarang memang saya abaikan sahaja komen-komen negatif. Kalau saya layan, hidup mesti jadi lebih tertekan.
Baru-baru ini, Amira dan rakan selebritinya, Wany Hasrita dan Elfira Loy telah dilantik untuk menjadi jurucakap bagi kempen Anti Buli Siber yang dianjurkan oleh Himaya Premium Hijab Medical Mask.
View this post on Instagram
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman pernah menjadi salah seorang mangsa buli siber apabila beliau dikecam oleh warganet kerana terlalu kuat bersenam sehingga dimasukkan ke hospital pada hujung tahun lalu.
Warganet mendakwa penyanyi tersebut jatuh sakit akibat mengambil suplemen tambahan untuk cepat kurus sehinggakan dia dikejar ke hospital.