Penyanyi Hael Husaini seolah-olah memberikan hint bahawa rakannya, Amira Othman yang dikatakan menjalin hubungan cinta bersama aktor Fattah Amin, bakal ke fasa yang seterusnya.
Menerusi live baru-baru ini, Hael yang berborak santai dengan penonton sambil menikmati makanan telah menjawab persoalan salah seorang daripada mereka.
Hael menjawab soalan netizen yang memintanya menceritakan apa yang berlaku namun pelantun lagu ‘Diam’ itu berkata Amira telah memberikannya amaran untuk tidak membuka mulut.
Amira dah warning dah, dia kata kalau cerita (nanti) tak dapat invitation.
@cute08628 #fattmira #haelhusaini ♬ bunyi asal – cute
Rata-rata netizen kemudian tertanya-tanya jemputan apakah yang dimaksudkan oleh Hael dan ramai turut perasan bahawa penyanyi itu memang gemar mengusik rakan-rakannya.
Menerusi TikTok, ramai memberikan komen dan berasa geram dengan Hael kerana tidak mahu bercerita tetapi tetap memberikan hint.