Sedia maklum, pada Isnin lalu, pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman telah mengumumkan berita gembira iaitu mereka bakal bernikah pada 14 September ini di Johor.
“Amira akan menjadi step-mother yang sangat baik”
Perkongsian berita tersebut sememangnya membuatkan orang ramai berasa gembira, bukan saja peminat, malah kenalan rapat yang sudah lama mengetahui mengenai berita ini juga tumpang bahagia kedua-dua selebriti itu bertemu jodoh.
Melalui platform TikTok, tular temubual bersama pengurus Fattah Amin iaitu Acah yang meninggalkan pesanan buat kedua-dua individu itu.
Dalam ucapan yang diberikan, Acah mendoakan agar satu hari nanti pasangan tersebut akan dikurniakan cahaya mata sendiri serta tidak melupakan anak Fattah, Fatima.
Sebak ketika titip doa untuk Fattah dan Amira
I tahu Amira akan menjadi seorang step-mother untuk Fatima yang sangat baik. Dan Fattah pula seorang bapa yang sangat penyayang.
Dalam nada yang sebak, Acah mendoakan agar pasangan itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di dalam Syurga.