“Amira Ada Cakap Dia Tak Nak Sambung Kontrak, Tak Nak Buat Live Atau Konten Berduaan Dengan Fattah Lagi”

Hiburan

“Amira Ada Cakap Dia Tak Nak Sambung Kontrak, Tak Nak Buat Live Atau Konten Berduaan Dengan Fattah Lagi”

Melalui platform Threads, seorang individu mendedahkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman pernah menyuarakan hasratnya untuk tidak menyambung kontrak dengan sebuah jenama produk kecantikan sekiranya melibatkan rakan sekerja, Fattah Amin.

Amira enggan teruskan kontrak bersama dengan Fattah?

Dalam perkongsian tersebut, individu berkenaan berkata Amira enggan meneruskan kontrak tersebut kerana bimbang timbul persepsi negatif serta mahu elak sebarang fitnah.

Advertisement

Difahamkan, pendedahan itu dibuat sendiri oleh penyanyi berkenaan sewaktu melakukan live di platform TikTok, baru-baru ini.

amira othman

Maam ada cerita. Ada satu fasa di mana sebenarnya Amira ada cakap dia tidak mahu sambung kontrak, tidak mahu buat siaran langsung (live) atau content berduaan dengan Fattah lagi.

Produk kecantik pujuk Amira

Namun, produk kecantikan tersebut memujuk Amira untuk meneruskan penglibatannya memandangkan semua perancangan dan strategi promo telah dirangka sejak awal.

Bagi menghormati keputusan selebriti tersebut, jenama produk kecantikan itu memanggil orang ketiga untuk sertai live agar dapat menggelakkan sebarang kecaman daripada warganet.

2025-09-10 12:25:19

Didakwa Senang Jatuh Cinta Lokasi? Peminat Pertahankan & Beri Senarai Heroin Gandingan Fattah Amin - "Busuk Hati, Jangan Nak Fitnah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...