Vokalis popular sekitar tahun 90 an yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke 2, Amir Ukays ditahan pihak polis kira-kira jam 1.45 awal pagi Rabu tadi atas dakwaan memiliki sepucuk pistol jenis Walther CP99 Compact berwarna hitam dengan nombor siri 12L20520.
Amir yang mengakui senjata api tersebut adalah miliknya telah ditahan sewaktu memberhentikan kenderan beliau di tepi susur masuk ke Kampung Chubadak, Sentul.
Ketika ini Amir sedang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi tindakan selanjutnya atas kesalahan beliau.
Nama Amir Ukays kembali menjadi sebutan ramai apabila berjaya mempersembahkan nyanyian yang cukup memukau ketika konsert pertam Gegar Vaganza dua pada hari Ahad lepas. Konsert tersebut disiarkan setiap hari Ahad jam 9.00 di Astro Ria.