Selepas hampir tiga tahun menunggu, Amir Raja Lawak mendedahkan dia masih belum menerima baki bayaran berjumlah RM18,000 seperti yang dijanjikan oleh sebuah stesen televisyen.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berharap agar pihak berkenaan dapat melunaskan bayaran seperti yang diminta sebelum ini.
Kalau saya tak perlukan duit tu untuk beli apa-apa, tak adalah saya minta pun sebenarnya. Saya bagi je diorang masa sebagaimana beberapa tahun dah selesai kerja tapi payment belum clear semua lagi.
Untuk kali ini, memang saya nak guna duit itu. Mereka pun tahu alasan yang sangat penting. Saya dah beritahu mereka siap bukti bergambar untuk meyakinkan bahawa saya tidak menipu.
Walau bagaimanapun, pelawak itu enggan mendedahkan punca utama dia memerlukan duit berkenaan dengan kadar segera.
Baginya, ia terlalu peribadi dan tidak perlu diceritakan kepada umum mengenai masalah yang dihadapinya.
Jelas Amir lagi, dia sudah berjumpa dengan wakil pihak berkenaan bagi membincangkan tentang proses bayaran baki tertunggak.
Pada awalnya dia bersetuju dengan terma yang ditetapkan namun kemudian meminta ihsan pihak terbabit untuk membayar segera atas sebab-sebab tertentu.
Selepas perjumpaan itu, ada sesuatu yang telah berlaku dan saya telah memaklumkan kepada mereka secara lembut, berhemah serta terperinci. Saya perlukan duit itu segera dalam kadar amaun sedikit besar.
Biarpun tak dapat semua, boleh sahaja bagi ikut logik mengikut segala bukti dan sebab yang saya berikan.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.