Amir Raja Lawak Reda, Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang – “Sepanjang Abah Sakit, Saya Puas Hati Apabila…”

Hiburan

Amir Raja Lawak Reda, Arwah Bapa Pergi Dengan Tenang – “Sepanjang Abah Sakit, Saya Puas Hati Apabila…”

Amir Raja Lawak berkata dia berpuas hati kerana dapat menemani dan menjaga bapanya, Azmi Deris, 67, sehingga ke akhir hayatnya.

Ketika ditemu bual selepas selesai pengebumian, pelawak berusia 36 tahun itu berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.52 malam tadi akibat kanser usus.

Advertisement

Alhamdulillah, abah pergi dengan tenang dan kami sempat mengajarnya selawat serta mengucap sebelum dia menutup mata.

bapa Amir Raja Lawak meninggal duniaSumber : Rohana Mohd Nawi 

Tambah Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, dia reda dengan pemergian arwah bapa dan pada masa sama berasa puas hati apabila dapat menjaga bapanya yang sakit hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir.

Sepanjang abah sakit, saya puas hati apabila dapat menjaga, menemani dan menyelesaikan semua perkara yang berkait dengannya.

Amir juga berkata dia dapat menunaikan semua permintaan arwah bapa termasuklah makan minum sepanjang sebulan dirawat di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian apabila penyakit kansernya bertambah kronik.

Abah sudah sebulan dimasukkan ke wad dan terbaru paru-parunya ditebuk kerana mengandungi air selain leher juga untuk mengeluarkan kahak.

bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

Semalam keadaannya semakin kritikal dan doktor memberi pilihan sama ada setuju untuk ditidurkan atau tidak namun ada risikonya dan kami mengambil keputusan agar abah pergi dengan tenang (tidak ditidurkan).

Terdahulu, Amir memaklumkan pemergian arwah bapanya menerusi hantaran di Facebook. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian hari ini.

2025-09-23 07:54:47

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...