Bukan sahaja rakyat biasa, malah ramai juga golongan artis dan selebriti yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara kita.
Salah seorang rakan artis yang turut mengalami kesukaran ialah penyanyi dan komposer, Amir Jahari. Dalam usahanya meneruskan kelangsungan hidup, dia difahamkan telah menjual gitar kesayangannya untuk mencari wang tambahan.
Menurut Amir, gitar tersebut telah banyak berjasa kepadanya kerana telah menemaninya membuat persembahan di banyak acara dan juga rakaman beberapa buah lagu dalam album pertama dan keduanya.
Amir sebelum ini telah memuat naik entri iklan penjualan gitarnya itu menerusi akaun media sosial miliknya. Membuka harga sebanyak RM 2,200, dia menjelaskan harga sebenar gitar tersebut adalah sebanyak RM 3,000.
View this post on Instagram
Terkini, Amir dilihat telah memuat naik status terkini mengenai gitar yang ingin dilepaskan dan menurutnya, ianya telah dijual. Malah, yang menggembirakan lagi adalah apabila pembeli tersebut telah membeli gitar itu melebihi harga yang ditawarkan oleh Amir Jahari.
View this post on Instagram
“Berita baik, dah ada orang beli dan bank in, siap bank in lebih daripada harga sepatutnya. Terima kasih semua sebarkan berita saya nak jual gitar ni. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang banyak..”
Dalam entri tersebut, Amir telah memuat naik tangkap layar memaparkan perbualan antara dia dan pembeli tersebut. Dalam pada masa yang sama Amir turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi mewar-warkan iklan mengenai penjualan gitar kesayangannya itu.