Pelakon Amerul Affendi meluahkan rasa kesalnya terhadap produksi tempatan yang telah menggugurkan namanya disebabkan perubahan syarat yang terlalu banyak dalam kontrak.
Ujar Amerul, dia telah digugurkan oleh pihak produksi dan diganti dengan pelakon lain selain ditertawakan oleh pengurus produksi tersebut.
Tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada seekor pun yang bagitahu. Tengoklah tahap profesionalnya industri ini.
Bila kau di tertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term yang nak di ubah dalam kontrak..
Dan kemudian tahu2 dah di tukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau..
Tengoklah tahap professionalnya industri ni..
Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi shj pic.twitter.com/Cwp29frc4y
— #BangsaManusia (@Amerul_Affendi) November 5, 2021
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Amerul menerusi ciapannya di Twitter untuk tatapan orang ramai.
Pada masa yang sama, Amerul turut berkongsi tangkap layar skrin perbualannya bersama wakil produksi tersebut yang memaklumkan kontraknya masih diproses susulan terlalu banyak syarat dan turut disertakan emoji ketawa.
Amerul menjelaskan yang dia perlu meneliti kontrak tersebut supaya tidak timbul sebarang isu pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, pelakon itu turut mendedahkan yang dia pernah diperli pengurus produksi sama sebelum ini sebagai pelakon yang demand.
Ini kali ketiga berurusan dengan pengurus produksi ini. Saya ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi, kata “Wah bukan main kau ya sekarangĀ demand betul” sambil kawan-kawan dia ketawa.
Tambah Amerul, tahu-tahu sahaja namanya sudah dijaja ke merata tempat dan dicopĀ demand melampau lepas pada projek tersebut.
Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi memberitahu yang sikap dan pemikiran sama masih dibawa oleh penggiat industri hingga kini walaupun industri sedikit tempang akibat wabak Covid-19.
Sekadar info, Amerul pernah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pilih kasih produksi tempatan sebelum ini kerana hanya mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut 500,000 di media sosial.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.