Pentadbiran Trump telah memaklumkan Kongres dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Amerika Syarikat secara rasmi menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Nampaknya, Presiden Donald Trump tidak bergurau apabila pernah memberikan amaran AS akan menarik diri dari agensi itu.
Baca: Donald Trump Ugut Mahu Sekat Dana WHO Kerana Terlalu Lebihkan China
Tindakan berani Trump ini dikritik apabila negara tersebut berada dalam krisis COVID-19 dengan 3,097,084 kes yang direkodkan setakat ini. Menurut PBB, Trump harus memberikan notis satu tahun mengenai pengunduran negara itu daripada agensi itu yang berpusat di Geneva di bawah resolusi bersama kongres AS pada tahun 1948.
Ia juga mewajibkan Washington untuk memberi sokongan kewangan kepada agensi itu.
Seorang pegawai Jabatan Negara juga mengesahkan bahawa notis tarik diri dari Amerika Syarikat yang berkuat kuasa pada 6 Julai 2021 telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB yang bertanggungjawab untuk WHO.
Jurucakap Setiausaha, Jeneral António Guterres mengatakan bahawa dia telah menerima notis itu dan sedang dalam proses untuk mengesahkan dengan WHO apakah semua syarat penarikan diri itu dipenuhi. Syarat-syarat itu termasuk memberi notis satu tahun dan memenuhi sepenuhnya pembayaran kewajiban kewangan yang dinilai.
WHO memaklumkan buat masa ini AS berhutang lebih AS$200 juta kepada agensi itu dalam bentuk sokongan kewangan.
Isu pengunduran diri AS bermula apabila Trump menuduh agensi itu menjadi boneka China ketika penularan pandemik ini. AS telah menjadi ahli WHO sejak 70 tahun yang lalu. Pentadbiran Trump juga telah menghentikan pembayaran untuk WHO yang dianggotai 194 negara pada April lalu.
Di dalam surat bertarikh 18 Mei lalu, AS menuntut WHO melakukan reformasi dalam masa 30 hari. Namun dua minggu kemudian, Trump mengumumkan hasrat membawa AS keluar daripada WHO.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.