Sejak bebas dari penjara dan menyertai pertandingan Gegar Vaganza 3, rezeki penyanyi Ameng Spring semakin murah dan menerima pelbagai undangan nyanyian. Walaubagaimanapun, Ameng mempunyai pendirian untuk menolak segala tawaran nyanyian di pusat hiburan yang menjual arak dan menyediakan khidmat GRO kerana tidak mahu mendekati perkara yang haram.
Sejak dibebaskan dari penjara, saya banyak menerima tawaran menyanyi di tempat-tempat seperti itu. Sejak dalam penjara, saya sudah bertekad untuk menjauhkan diri daripada menyanyi di tempat yang ada benda haram.
Saya tidak mahu dilihat seolah-olah mempromosikan lokasi ini. Ia bukan lagi sekadar saya nak menghiburkan tetapi matlamatnya sudah lari. Daripada orang tidak kenal tempat itu tetapi hadir semata-mata untuk menonton persembahan saya, perkara sebaliknya berlaku apabila mereka kenal lokasi ini dan tahu apa yang ada didalamnya.
Mungkin ada sesetengah pihak yang mengatakan apa yang dilakukan oleh Ameng itu agak merugikan kerana menolak bayaran yang mungkin juga tinggi, tetapi Ameng lebih mementingkan akhirat kini.
Kami respek dengan pendirian Ameng untuk tidak main ambil sahaja tawaran nyanyian demi wang ringgit dan sekaligus mempromosikan tempat haram dan maksiat kepada masyarakat. Harapnya Ameng boleh dijadikan contoh untuk orang lain juga.