February 15th, 2011

ameng spring

Nak bersimpati kat Ameng Spring pun tak mampu. Abang Nara hanya mampu tersenyum bak kerang busuk. Sememangnya dadah itu musuh negara dan musuh diri sendiri. Bila kena tangkap, terimalah akibatnya. Susulan kes Ameng Spring ditangkap bersama dadah, akhirnya dia membuat pengakuan bahawa dadah tersebut adalah miliknya. Tapi isteri Ameng yang turut ditangkap bersama minta dibicarakan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup atau penjara tidak kurang daripada lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 sebatan. Inilah bahana main dengan dadah. Boleh meringkuk di penjara seumur hidup.

Harap-harap untuk kes perbicaraan isteri Ameng, pihak mahkamah dapat fikirkan apa yang sebaiknya. Almaklumlah kalau dedua masuk penjara, siapa yang nak jaga anak diorang? Kesimpulannya, jauhilah dadah.


Comments are closed.

Loading...