Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ameng Spring Masuk Penjara 2 Bulan, Denda RM4,000

ameng spring masuk penjara

Akhirnya kes dadah Ameng Spring telah pun tamat. Keputusannya Ameng Spring bakal dipenjara selama 2 bulan dan didenda sebanyak RM4,000. Untuk pengetahuan, Ameng sebelum ini dituduh memasukkan dadah ke dalam badannya pada bulan April yang lalu. Semasa perbicaraan, Ameng telah menyatakan pertuduhan ini adalah konspirasi bekas isterinya, A. Aida dan suaminya yang merupakan seorang pegawai polis.

Advertisement

Semoga hukuman yang dikenakan terhadap Ameng ini menjadi iktibar kepada kita semua. Tak payah-payah la amik dadah. Dadah kan perosak bangsa. Tak pasal-pasal boleh masuk penjara. Nasib baik 2 bulan je, kalau kena penjara maksimum 2 tahun macam mana? Kesian kat anak bini. Tak gitu?

Harap-harap Ameng mengambil kesempatan masa di penjara nanti untuk belajar tidak mengambil dadah lagi. Kami percaya Ameng boleh buat. Kalau orang lain boleh buat kenapa kita boleh kan? Teringat kata pepatah seorang cikgu Add Math kami di Korea dulu:-

[note] He can do, she can do, why can’t you? [/note]

All the best kepada Ameng menempuh hidup di dalam penjara selama 2 bulan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top