Amelina Solat Istikharah 3 Kali Sebelum Buat Keputusan Untuk ‘Come Back’

Hiburan

Amelina Solat Istikharah 3 Kali Sebelum Buat Keputusan Untuk ‘Come Back’

Semenjak dua menjak ini nama Amelina memang hangat di pasaran. Kemunculan semula Amelina mendapat liputan yang amat meluas sekali. Iyerlah, selepas 15 tahun menyepi lalu muncul kembali, memang ‘excited’lah semua orang dibuatnya. Mana tahu dengan kemunculan kembali Amelina, lagu-lagu dangdut akan mendapat tempat kembali di kalangan rakyat Malaysia.

amelina

Advertisement

Menariknya keputusan Amelina untuk ‘comeback’ dibuat selepas penyanyi ini membuat solat istikharah sebanyak 3 kali. Fuh~~ Bukan sekali, bukan dua kali tetapi 3 kali. Kata Amelina:-

Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu. Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai.

Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu. Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja.

amelina

Ala. Baru nak ikut Amelina menari dangdut sekali tue tanpa tarian pulak. Tak apalah. Dah tua-tua baguslah tak menari. Menyanyi pun dah okay dah. Pasti akan terubat rindu di hati para peminat Amelina. Tak sabar rasanya nak tunggu lagu baru Ratu Dangdut ini. Sama-samalah kita nantikan.

P.S: Mitsubishi Pajero facelift dilancarkan di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...