Terharu diri ini dengan pengorbanan Amelina. Sudah sekian lama menyepi dari bidang nyanyian, kemunculan penyanyi dangdut ini di dalam industri hiburan tanah air ternyata disambut meriah. Ramai yang gembira lebih-lebih lagi mereka yang membesar dengan nyanyian dan gelekan dangdut Amelina. Namun, kehadiran semula Amelina bukanlah untuk merebut takhta ‘Ratu Dangdut’, sebaliknya hanya untuk menyara anak-anaknya.
Abang Nara yakin bukan satu keputusan yang mudah untuk Amelina kembali menyanyi semula. Iyerlah, industri sekarang jauh berbeza dengan dulu. Silap jalan, boleh jatuh tersungkur. Namun demi anak-anak, segala dugaan pasti sanggup Amelina harungi. Walaupun ada segelintir artis yang kurang senang dengan ‘comeback’nya, Amelina tidak mempedulikan kata-kata itu. Kata Amelina:-
Memang pada mulanya saya sedih sebab saya kembali demi mencari rezeki untuk besarkan anak-anak saja. Saya bukannya kembali untuk rebut takhta ‘Ratu Dangdut’. Kalau dapat bonus kerana gelaran itu, saya sanggup buat apa saja untuk merebutnya.
Niat yang suci pastinya akan dipermudahkan. Tak sabar nak menunggu lagu terbaru Amelina. Diharap jangan lama sangat proses pembikinannya. Takut keterujaan peminat hilang. Lagi cepat lagi bagus. Promosi pun boleh jalan cepat. Tak gitu? Semoga berjaya diucapkan kepada Amelina. Sumber Berita Harian.