Amelina Dedah Ramai Suami Orang Cuba ‘Approach’, Nak Berkenalan Tapi… – “Saya Pula Wanita Manja…”

Hiburan

Amelina Dedah Ramai Suami Orang Cuba ‘Approach’, Nak Berkenalan Tapi… – “Saya Pula Wanita Manja…”

Penyanyi dangdut, Amelina akui selesa hidup bersendirian berbanding perlu berkongsi kasih dan menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

Selama 10 tahun lalu bergelar ibu tunggal, pemilik nama Norazlina Amir Sharipuddin juga akui tidak pernah menutup pintu hatinya.

Advertisement

Penyanyi berusia 51 tahun itu bagaimanapun  lebih rela berundur sebaik didekati lelaki berkeluarga demi menjaga kehormatan dan tidak merosakkan rumah tangga wanita lain.

Sebenarnya ramai datang nak berkawan suami orang. Walaupun berwajah kacak dan ekonomi kukuh, saya tarik ‘handbreak’ (undur) sebab tidak mahu masalah kemudian hari.

Tambah Amelina, terdapat juga lelaki berstatus duda dan bujang yang cuba mendekatinya namun kerana cara mereka ‘approach’ seperti tidak kena cara dan tidak sampai ke harinya.

Saya pula wanita manja, jadi apabila mula berkawan tiba-tiba perasaan itu hilang. Sekarang saya banyak tundukkan pandangan supaya tidak tergoda dengan mana-mana lelaki. Status terkini saya ‘single’.

Amelina juga merasakan dia tidak terkejar-kejar untuk membina perhubungan dan mengenali orang baru disebabkan sudah lali dengan hidup sendiri bersama enam anaknya.

Bukan anak-anak tidak memberi ‘green light’ namun pada usia begini dia sudah tidak reti mahu mengurat dan tidak terlalu memikirkan untuk berumah tangga semula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Saya Percaya Jodoh Saya Belum Lahir Lagi” – 17 Tahun Hidup Sendiri, Azharina Azhar Tak Mahu Stres Soal Jodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...