November 5th, 2014

Asyik, asyik, asyikkkkkk. Asyiknya bercinta. Amboi. Teringat pula satu ketika dahulu Abang Nara berjoget mengikut rentak lagu nyanyian Amelina. Memang syok. Siapa sangka lagu dangdut boleh popular. Amelina telah pun membuktikannya. Setelah sekian lama berdiam diri, khabarnya Amelina akan membuat kemunculan semula atau dalam bahasa omputih ‘comeback’ tidak lama lagi.

amelina comeback

Baru-baru ini Amelina dilihat telah bersama dengan Mya(Matahari) di Bangsar Shopping Centre. Wajah mereka kelihatan amat serius berbincang mengenai sesuatu. Kemungkinan besar sesuatu itu adalah ‘comeback’ Amelina sebagai seorang penyanyi. Untuk makluman, kali terakhir berita mengenai Amelina dipaparkan di BeautifulNara adalah mengenai diri penyanyi tersebut dihalau keluar dari rumah sewanya.

amelina comeback

Tak sabar rasanya nak mendengar suara lunak Amelina sekali lagi. Kalau lagu dangdut, lagilah terbaik. Boleh berjoget sakan. Apa pun, semoga perancangan Amelina berjaya hendaknya. Sama-samalah kita doakan.


Comments are closed.

Loading...