Ameera Khan Tampil Berhijab Dengan Jefri Nichol, Netizen Tertanya-Tanya – “Pergi Kursus Kahwin Ke?”

Hiburan

Ameera Khan Tampil Berhijab Dengan Jefri Nichol, Netizen Tertanya-Tanya – “Pergi Kursus Kahwin Ke?”

Pempengaruh popular, Ameera Khan mencuri perhatian apabila memuat naik sekeping foto mesra bersama kekasihnya, aktor Indonesia Jefri Nichol di Instagram.

Dalam gambar tersebut, Ameera tampil manis mengenakan jubah hitam dan berhijab, manakala Jefri segak dengan kemeja putih. Penampilan mereka itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Advertisement

“Takdir yang indah,” tulis Ameera ringkas di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu sebelum ini pernah menyatakan hasrat mahu bergelar isteri pada masa yang tepat serta menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang berandaian pasangan ini berpakaian begitu kerana menghadiri kursus kahwin, namun tidak dinyatakan secara jelas oleh mereka.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat penampilan Ameera yang lebih tertutup itu hanyalah kerana menghadiri majlis sambutan hari lahir anak sepupunya.

neelofa tegur ameera
2025-08-18 15:40:54

Netizen Pertahan Neelofa - "Jangan Salahkan Dia Atas Perbuatan Ameera"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...