Pengacara dan usahawan popular, Neelofa berkata dirinya lebih memilih untuk tidak mengulas lanjut spekulasi hangat mengenai hubungan percintaan adiknya, Ameera Khan dan teman lelaki, Jefri Nichol.
“Hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat..”
Noor Neelofa sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, dia lebih selesa untuk tidak memberi sebarang komen kerana bimbang kenyataannya akan mencetuskan reaksi negatif daripada orang luar.
Sesetengah perkara tak perlu dijawab untuk orang ramai kerana ia hanya akan mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Kalau kita jawab nanti lebih ramai yang kutuk. Jadi lebih baik saya senyap dan tak perlu jawab.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pengacara tersebut juga merasakan tidak adil untuk membandingkan dirinya dengan Ameera kerana mereka tidak berada dalam satu industri yang sama.
Minta jangan bandingkan dengan Ameera
Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.
Sekadar info, Ameera Khan sebelum ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan Jefri Nichol tetapi dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.
Bagaimanapun, hubungan itu kembali terjalin pada hujung Mac tahun lalu dan mereka kelihatan lebih terbuka memaparkan kemesraan di platform media sosial hingga membuatkan warganet berasa kurang senang.