Baru-baru ini, melalui Instagram Story, pempengaruh dan model, Ameera Khan, dia ada memuat naik hantaran menegur segelintir netizen yang sering mempersoalkan tentang kehidupan peribadinya dan hubungan bersama teman lelaki, Jefri Nichol.
Ameera Khan ‘mengamuk’
Kata Ameera dalam perkongsian status tersebut, kadang-kadang dia juga mahu memberi hukuman kepada ‘haters’ yang ada saja tidak puas hati dengan dirinya, namun dia sedar kehidupan yang dimiliki lebih bagus daripada orang yang membencinya.
View this post on Instagram
Kadang-kadang saya berharap saya boleh mempersoalkan kehidupan anda seperti cara anda mempersoalkan saya. Kadang-kadang saya juga berharap saya boleh menghantar tamparan yang sangat keras kepada anda tapi itu bukan perkara yang menarik untuk dilakukan.
‘Bayangkan seseorang kutuk, kecam, kritik seperti mana saya kena..’
Dalam pada masa yang sama, adik selebriti, Neelofa itu juga berkata dirinya mempunyai tahap kesabaran seperti orang lain.
I have a bloody limit too. Bayangkan seseorang kata sesuatu yang tidak baik, mengutuk, mengecam, mengkritik seperti mana yang saya kena dan anda mungkin akan memasukkan mereka ke dalam penjara atau berada di dalam penjara.
Dapat dilihat dalam hantaran yang sama, Ameera berkongsikan satu tangkap layar memaparkan komen pengikutnya yang bertanyakan kenapa dia tidak berkongsikan lagi foto bersama teman lelaki.
Sekadar info, hubungan mesra yang sering dipaparkan oleh Ameera dan Jefri Nichol di laman media sosial selalu menjadi bualan hangat warganet, susulan mereka dikatakan terlalu ‘bebas’ menunjuk kemesraan sedangkan bukan muhrim.