Baru-baru ini, personaliti media sosial popular iaitu Ameera Khan ada berkongsi beberapa foto lama yang memaparkan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed.
Wajah Mama Kartini waktu muda raih perhatian
Difahamkan, foto-foto tersebut dikongsikan oleh Ameera bagi mengabadikan momen-momen terindah bersama keluarga.
Sepanjang tahun ini, kami sentiasa ada bersama, sentiasa rapat, dan sentiasa mencintai satu sama lain. Moga Allah jaga ukhwah ini selamanya.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, hal yang menjadi perbualan warganet adalah kecantikan Noor Kartini atau mesra dipanggil sebagai Mama Kartini di dalam foto-foto lama yang dimuat naik itu.
“Macam Neelofa lah!”
Menurut kebanyakan netizen ibu Ameera kelihatan sangat jelita dan anggun sejak muda lagi, bahkan disamakan dengan wajah anak perempuannya yang merupakan seorang selebriti, Neelofa.
Dalam pada masa yang sama, netizen juga memuji wajah Ameera tidak tumpah seperti Mama Kartini malah begitu comel ketika berusia tiga tahun.