Ameera Khan & Keluarga ‘Fly’ Ke Jakarta Sokong Jefri Nichol Tinju, Kelibat Sharnaaz Ahmad Curi Perhatian

Hiburan

Ameera Khan & Keluarga ‘Fly’ Ke Jakarta Sokong Jefri Nichol Tinju, Kelibat Sharnaaz Ahmad Curi Perhatian

Semalam telah berlangsung acara perlawanan tinju Superstar Knockout Vol. 3 di Jakarta, Indonesia yang menampilkan aktor Jefri Nichol menentang El Rumi, anak kepada Ahmad Dhani dan Maia Estianty.

Pertarungan itu dinanti-nantikan ramai di negara itu dan masing-masing menyokong pilihan masing-masing ketika acara itu berlangsung.

Advertisement

Ameera Khan datang bersama keluarga

Sudah tentu, pempengaruh Ameera Khan sanggup terbang dari Malaysia untuk memberikan sokongan penuh kepada teman lelakinya.

Bagaimanapun, Ameera tidak keseorangan dan menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kakaknya, Noor Nabila turut hadir menemaninya.

Bukan hanya mereka berdua, tetapi Noor Nabila turut membawa anak lelakinya, Jebat Jayden dan apa yang mencuri perhatian apabila aktor Sharnaaz Ahmad juga turut dilihat hadir memberikan sokongan.

 

Tewas dalam 38 saat

Video itu tular di Malaysia dan ruangan komen dipenuhi dengan netizen yang terkejut melihat kelibat Sharnaaz ketika acara itu berlangsung.

Ramai tidak menyangka Sharnaaz hadir dan beberapa individu mendoakan agar hubungan pelakon filem Blood Brothers itu bersama Nabila kekal baik.

komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

Beberapa ahli keluarga Ameera juga turut hadir dari Malaysia untuk memberikan sokongan seperti Athisha Khan dan seorang lagi kakak mereka yang berada di kerusi belakang.

Pertarungan menyaksikan Jefri Nichol tewas di tangan El Rumi dalam tempoh 38 saat pada pusingan pertama dan kekalahan itu berpunca daripada kecederaan bahu dialami aktor itu yang membuatkan pengadil menghentikan pertarungan lebih awal.

2025-08-08 09:45:45

Wanita Dedah Sikap Sebenar Ameera Khan - "Tak Sangka Dia Akan Layan Aku Macam Tu, Manners Dia Memang On Top!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...