Bagaikan drama berepisod, pempengaruh Ameera Khan dan kekasih, Jefri Nichol bertubi-tubi mendapat kritikan netizen.
Apa sahaja dikongsikan pasangan ini pasti mencuri perhatian gara-gara aksi mereka yang dianggap terlalu mesra memandangkan Ameera dan aktor Indonesia tersebut belum mempunyai hubungan yang halal.
Pemakaian Ameera juga sejak kebelakangan ini yang dikatakan semakin ‘daring’ juga tidak terlepas daripada mendapat kritikan dan kecaman ramai.
Terbaru, gambar photoshoot pasangan ini turut meraih perhatian dan komen kritikan netizen disebabkan baju dan gaya ‘pose’ Ameera.
Menerusi gambar yang dikongsikan pasangan itu di Instagram, mereka berdua di sisi masing-masing dalam pelbagai ‘shot’ untuk mempromosikan jenama mewah antarabangsa, Hermes.
View this post on Instagram
Jenis fabrik pakaian tersebut yang melekap pada badan telah menonjolkan lagi bahagian dada pinggul Ameera.
Menerusi komen di Facebook, ramai berasa kurang senang melihat fesyen itu dan memberikan komen serta menegur Ameera.
Walau bagaimanapun, respon dan komen diterima pasangan itu di Instagram jauh berbeza dengan komen di Facebook. Hantaran di Instagram mendapat pelbagai komen positif peminat pasangan berkenaan dari Indonesia.
Ada yang akui gemar melihat pasangan ini dan berpendapat mereka sangat secocok serta segelintir turut menggelar Ameera dan Jefri ‘power couple’.