Ambulans Terbabas Gara-Gara Pemandu Mencelah Masuk Lorong Kecemasan Secara Mengejut

Trending

Ambulans Terbabas Gara-Gara Pemandu Mencelah Masuk Lorong Kecemasan Secara Mengejut

Penyalahgunaan lorong kecemasan sememangnya sering kali berlaku. Pasti ada sahaja pemandu yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan pemandu tetapi juga kenderaan lain yang berada di sekeliling.

Baru-baru ini pula berlakunya kemalangan dari Genting Sempah menuju ke tol Gombak apabila sebuah Honda CRV secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan daripada lorong tengah. Walaupun sudah memberi ‘signal‘ tetapi tindakan bahaya itu telah mengundang padah.

Advertisement

Sebuah ambulans yang sedang berada di lorong kecemasan tersebut terbabas akibat pelanggaran itu. Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Raymond Ng ini, ambulans yang sedang memandu di lorong kecemasan itu tidak dapat mengawal kenderaan selepas terbabas.

kenderaan atas jalan raya
kenderaan atas jalan raya
Kejadian ini juga telah mengundang kemarahan daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu tersebut. Bukan sahaja itu, jika diikutkan keadaan Honda CRV tidak sebegitu serius seperti yang dialami oleh ambulans tersebut.

Setakat ini tiada apa-apa maklumat didapati mengenai keadaan mangsa di dalam kedua-dua kenderaan. Yang pastinya, jangan sesekali menyalahgunakan lorong kecemasan. Ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi juga orang sekeliling.

Sumber: Facebook 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...