Penyalahgunaan lorong kecemasan sememangnya sering kali berlaku. Pasti ada sahaja pemandu yang menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan lain. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan pemandu tetapi juga kenderaan lain yang berada di sekeliling.
Baru-baru ini pula berlakunya kemalangan dari Genting Sempah menuju ke tol Gombak apabila sebuah Honda CRV secara tiba-tiba memasuki lorong kecemasan daripada lorong tengah. Walaupun sudah memberi ‘signal‘ tetapi tindakan bahaya itu telah mengundang padah.
Sebuah ambulans yang sedang berada di lorong kecemasan tersebut terbabas akibat pelanggaran itu. Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Raymond Ng ini, ambulans yang sedang memandu di lorong kecemasan itu tidak dapat mengawal kenderaan selepas terbabas.


Setakat ini tiada apa-apa maklumat didapati mengenai keadaan mangsa di dalam kedua-dua kenderaan. Yang pastinya, jangan sesekali menyalahgunakan lorong kecemasan. Ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi juga orang sekeliling.