“Ambillah Sebanyak Mungkin”-Pekebun Nak Bagi Secara Percuma Tembikai Ranum Tidak Terjual

Kehidupan

“Ambillah Sebanyak Mungkin”-Pekebun Nak Bagi Secara Percuma Tembikai Ranum Tidak Terjual

Ramai peniaga khususnya peniaga kecil yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk berniaga namun dalam keadaan negara masih terdedah dengan wabak Covid-19 pergerakan individu masih dihadkan. Jadi, para peniaga kurang mempunyai pendapatan kerana hanya sedikit sahaja yang keluar untuk membeli barang.

Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh para peniaga agar barang jualan mereka dapat terjual dan tidak dibiarkan begitu saja.

Advertisement

Macam yang berlaku terhadap seorang pekebun tembikai ini, dia sanggup memberi tembikai hasil tanamannya itu secara percuma kepada orang ramai kerana ianya tidak dapat terjual secara keseluruhan.

Gambar Hiasan

“Sesiapa yang nak makan tembikai, datang ke kebun. Ambillah sebanyak mana yang mahu dan sedekah kepada jiran agar buah yang masak ranum ini tidak terbiar begitu saja”

Menerusi laporan Harian Metro, Asri Yaakob, 50, yang merupakan seorang pekebun tembikai di Kampung Besul, Jerantut membuat langkah terakhir dengan memberi tembikai secara percuma untuk mengelak hasil tanaman tidak busuk begitu saja.

Sumber : Harian Metro

Menurutnya, ramai pekebun telah berputus asa dan hanya membiarkan hasil tanaman mereka membusuk.

“Kami menanam tembikai sejak awal tahun untuk dijual pada bulan puasa, tapi kurang mendapat sambutan sebab pelanggan tidak keluar ke bazar Ramadan”

“Tahun ini, penanaman tembikai cukup menjadi mungkin sebab selalu hujan”

Katanya, sebelum ini hasil jualan tembikai dapat digunakan untuk membeli perbelanjaan persiapan hari raya, tapi tahun ini agak suram. Jualan tembikai tahun ini hanya dipasarkan di sekitar Jerantut saja, tiada pasaran luar dilakukan.

Kini, kebanyakan pekebun hanya mengharapkan mereka dapat kembali modal yang dikeluarkan. Ada yang sudah dapat modal dan ada yang belum balik modal. Disebabkan tiada pasaran, kebanyakan pekebun membiar saja buah tanpa dikutip.

Walaupun mengalami kerugian, namun para pekebun masih berlapang dada dan berharap ada pihak yang sudi mengambil buah-buah tersebut supaya tidak dibiar begitu saja.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...