Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Bekas Isteri, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin

Hiburan

Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Bekas Isteri, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin

Tular di media sosial Threads dakwaan bahawa pelakon Fattah Amin mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen.

Dakwaan itu timbul selepas seorang pengguna dikenali sebagai Musang Berjanggut berkongsi jadual prosiding sebutan kes Mahkamah Tinggi Syariah Selangor bertarikh 31 Mac lalu yang memaparkan nama kedua-dua pelakon tersebut.

Advertisement

Dalam jadual itu, nama Abdul Fattah Mohd. Amin disenaraikan sebagai plaintif manakala bekas isterinya sebagai defendan.

Bagaimanapun, peguam mewakili Fazura, Fakhrul Azmam Abu Hassan memaklumkan bahawa Fattah sebenarnya telah memfailkan permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ melalui prosiding komital, yang berkait dengan dakwaan pelanggaran perintah mahkamah mengenai hak lawatan.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, prosiding tersebut boleh membawa kepada hukuman penjara.

“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.”

“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik,” katanya.

Sehubungan itu, permohonan yang difailkan oleh Fattah tidak diteruskan selepas mahkamah memutuskan tiada asas kukuh untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alya iman
2026-04-03 11:43:47

"Ini Semua Salah Alya Iman" - Yusuf Bahrin Nak Saman Individu Buat Fitnah, Tapi Lain Pula Pendedahan Netizen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...