“Ambil Tindakan Dengan Individu B*ngsat Ni!” – Syamsul Yusof Bengang Isu Lelaki Pukul Pelajar Tahfiz

Kehidupan

“Ambil Tindakan Dengan Individu B*ngsat Ni!” – Syamsul Yusof Bengang Isu Lelaki Pukul Pelajar Tahfiz

Video tular yang memaparkan sekumpulan lelaki memukul beberapa orang individu yang dipercayai pelajar tahfiz telah mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Pengarah filem Mat Kilau itu memuat naik video di akaun Instagram miliknya mengulas tentang perasaannya menonton klip video berkenaan kes tersebut.

Advertisement

Menurut Syamsul, dia memohon agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan segera sebelum sesetengah pihak di luar sana mengambil keputusan untuk membuat tindakan sendiri terhadap individu-individu yang terlibat memukul pelajar tahfiz itu.

Sebelum orang Melayu, orang Islam mengambil tindakan sendiri atau boleh menyebabkan pertumpahan darah. Jadi, pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya!”

Dalam pada itu, Syamsul berharap rakan-rakan artis membantu untuk menularkan perkara berikut sehingga sampai kepada pihak yang berwajib.

Syamsul turut meminta agar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka sehingga individu itu berjaya diberkas .

Sekadar info, video yang dimuat naik di Instagram itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet dan telah menerima lebih daripada 100,000 tontonan.

Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa kejadian itu berlaku di Pusat Tahfiz, Jalan Cheneras Batu 3, Kuala Lipis, Pahang.

4 bulan lalu

"Baru*h Punya Orang!" - Lelaki Serang Budak Tahfiz Dalam Surau, Warganet Harap Polis Ambil Tindakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...