Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ambil Tauladan Neelofa Berniqab, Ammar Alfian Padam Semua Gambar Tayang Badan Di Instagram

Pelakon Ammar Alfian akui tindakan baik yang dilakukan Neelofa iaitu berhijrah untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhi dirinya untuk berubah.

Advertisement

Katanya, beliau tidak terlepas memuji keikhlasan Neelofa berniqab yang mampu merisikokan kerjayanya termasuk komitmen dengan jenama-jenama antarabangsa.

Kredit – Gempak

“Melihatnya memilih perubahan besar ini sangat mengagumkan. Dia tidak kisah hilang kerjasama dengan syarikat besar antarabangsa. Yang dia kisah hanya pasal Islam dan Allah. Harta dunia hanya sementara.”

Bagaimanapun, penghijrahan tersebut dilihat seolah mendorong dirinya untuk memadamkan semua foto-foto tidak berbaju di laman sosial.

“Dia menjadi inspirasi saya untuk tidak lagi mendedahkan kulit dan lebih dekat dengan Allah. Oleh itu, saya telah memadamkan semua gambar dan video saya yang menunjukkan tubuh saya di Instagram. Insya-Allah.”

Sekadar informasi, beberapa hari lalu, Ammar tampil memaklumkan kepada umum bahawa beliau telah bercerai dengan isterinya, Nelissa Nezam dengan cara tebus talak.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 21, 2020 at 12:52 pm

    nk try neelofa laa tu..hang tu pun kne ubah diri jgk..setakat buang gmbr x berbaju tp suka kongkek perempuan sana,sini sama je..

  2. kuyub

    October 21, 2020 at 11:05 am

    Oh ingatkan tengok Neelofa berniqab, hang pun nak berniqab sama.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top