Ambil Seorang Lagi Anak Angkat, Zizie Ezette Akui Tak Guna Kabel

Hiburan

Ambil Seorang Lagi Anak Angkat, Zizie Ezette Akui Tak Guna Kabel

Mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat pada tahun hadapan beberapa tahun lalu, pelakon Datin Seri Zizie Ezette akui kini dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

zizie ezette ambil lagi anak angkat

Advertisement

Meskipun sebelum ini telah membesarkan dua orang anak angkat beberapa tahun lalu, Zizie turut menyatakan yang dirinya melalui prosedur pengambilan yang sama seperti dilalui orang awam yang lain.

Berita pengambilan anak angkat barunya itu dikongsikan Zizie di laman Instagramnya.

“Baru la ada kelapangan. Sebelum ini mommy seorang ni sibuk megandung dan beranak tiga tahun berturut-turut.”

Hal ini kerana, menurut Zizie, beliau difahamkan perlu beratur mengambil nombor, menunggu giliran dan mengisi borang sama seperti orang lain.

Tiada isitilah istimewa diberikan kepadanya apatah lagi menggunakan kabel bagi mengendalikan proses tersebut.

zizie ezette ambil lagi anak angkat

Selain mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan, menjengah ke ruangan komen, entri yang dimuat naik Zizie dihujani pelbagai kata murni malah rata-rata pengikut di laman berkenaan turut memuji sikapnya yang sentiasa merendah diri.

Sebelum ini Zizie mempunyai dua orang anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

Bagaimanapun, selepas bebarapa tahun mendirikan rumah tangga, beliau dan suami, Datuk Seri Bung Moktar dikurniakan cahaya mata lelaki kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zake Izette serta seorang anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...