Sebelum ini, pengarah tersohor Erma Fatima dikecam hebat masyarakat selepas mengambil seorang individu yang didakwa merupakan pelakon lucah untuk berlakon dalam drama terbaru arahannya.
Tampil memberi penjelasan, Erma berkata dia tidak tahu menahu bahawa pelakon berkenaan sebelum ini pernah menghasilkan video tidak senonoh dan menjualnya di media sosial.
Saya tidak tahu tentang latar belakangnya. Ketika ambil pelakon, saya tidak pernah tanya latar belakang mereka. Yang paling penting, saya bukan porn collector.
Terdahulu, pengarah berusia 57 tahun itu dikecam selepas menampilkan pelakon lucah yang dikenali di media sosial, untuk berlakon di dalam drama Pondan Itu.
Karya itu akan ditayangkan menerusi platform Karya Reels Official dan Erma dihentam selepas tular video pendek yang memaparkan trailer drama berkenaan.