Ambil Masa 30 Minit Untuk Memilih Tudung Setiap Hari? Kini Abang Nara Sudah Temui Penyelesaiannya

Hiburan

Ambil Masa 30 Minit Untuk Memilih Tudung Setiap Hari? Kini Abang Nara Sudah Temui Penyelesaiannya

Alhamdulillah Abang Nara bersyukur diri ini dilahirkan sebagai seorang lelaki. Pagi-pagi bila tengok wife Abang Nara bersiap-siap, nak pilih tudung pun ambil masa 10 minit. Try tudung nie warna tak matching dengan baju, try tudung tue lilit besar sangat, try tudung yang lain singkat sangat pulak. Abang Nara siap boleh tidur sekejap la sementara nak tunggu wife habis membuat keputusan mengenai tudung yang mahu digayakan pada hari tersebut.

tudung umma

tempoh masa untuk bersiap pergi kenduri kawin: Abang Nara 5 minit, wife 50 minit

Masalah memilih tudung ini bukan sahaja dialami oleh wife Abang Nara, tetapi merupakan satu permasalahan universal untuk kaum Hawa di Malaysia. Iyerlah, macam-macam jenis tudung ada di pasaran. Tudung bawal lah, tudung lilit la, tudung panjang, shawl, turban, tudung serkup kepala dan macam-macam lagilah. Itu belum kira beratus-ratus pilihan warna yang ada, jenis kain dan harga lagi. Memang kalau Abang Nara jadi perempuan, confirm pening kepala dibuatnya.

Advertisement
tudung umma

tue belum kira tudung yang perlu dipakai untuk special ocassion lagi. Fuh. Memang penuh cabaran menjadi seorang wanita nie

Ingin menjadi seorang suami yang baik serta mithali, Abang Nara tertanya-tanya tak ada ke satu jenama tudung yang mampu memuaskan hati isteri Abang Nara. Tak adalah wife tercinta menghabiskan masa sehingga 50 minit untuk memilih tudung. Maka Abang Nara pun mulalah membuat sedikit kajian. Kaji punya kaji, Abang Nara terjumpa dengan tudung UMMA yang kini sedang hangat di pasaran.

umma

model memang cantik, tapi tudung UMMA nie lagi cantik dan memukau

Walaupun baru memasuki pasaran pada tahun 2016, tudung UMMA yang dicipta oleh Zairin Azman ini telah mencuri ribuan hati kaum Hawa di Malaysia. Serius Abang Nara terus rasa nak belikan wife tudung UMMA ini selepas melihat koleksi mereka. Cantik-cantik belaka. Antara sebab tudung UMMA kini mendapat tempat di hati para wanita muslimah Malaysia ialah:-

1.Rekaannya yang simple, mudah dipakai dan pelbagai

tudung umma

Satu kelebihan utama UMMA di mata Abang Nara ialah betapa mudahnya cara untuk memakainya. Tak ada ambil masa yang lama. Rekaannya simple namun cukup elegan dan versatil. Malah ada banyak pilihan untuk memudahkan kaum Hawa memilih tudung yang sesuai untuk digayakan dengan style mereka. Ada instant tudung, ada tudung semi instant, tudung basic dan macam-macam lagi. Inner dan sanggul pun ada jual jugak. Senang semua all in one.

2. Pelbagai pilihan warna yang menarik dan fabrik berkualiti tinggi

tudung umma

Korang sebut je nak warna apa, tudung UMMA ada semuanya. Semua warna yang ditawarkan untuk koleksi mereka cantik-cantik belaka. Merah ada, biru ada, hitam ada, pink ada. Boleh matching dengan semua koleksi baju yang korang ada. Tona warna yang digunakan pun nampak unik sangat-sangat. Memang makin terserlahlah kejelitaan si pemakai tudung UMMA ini.

3. Harga yang amat berpatutan

tudung ummaTerkejut juga Abang Nara bila mengetahui harga tudung UMMA ini. Berbaloi-baloi sangat kalau nak membelinya. Tak sampai seratus ringgit pun. Paling mahal Abang Nara check hanya RM79. Dengan kualiti tudung yang ditawarkan, Abang Nara ingatkan dah cecah 5,6 ratus ringgit. Ternyata ia mampu milik. Nampak gaya Abang Nara kena beli 4,5 helai sekaligus untuk wife tercintalah.

4. Tudung jenama baru paling laris di FashionValet

tudung umma

Bukan nak berlagak bukan nak riak, namun tudung UMMA merupakan jenama tudung baru paling laris di FashionValet. Bukan senang untuk satu jenama baru terus mencipta kejayaan sehebat ini. Namun bak kata orang, kalau dah memang berkualiti, memang cantik, memang menarik, confirm jadi rebutan dan pilihan ramai. Kadang-kadang tue baru sehari launch stok dah habis sebab ramai sangat yang membelinya. Harap-harap kali ini Abang Nara sempat belikan untuk wife tercinta. Nak buat suprise kat dia.

5. Foundernya seorang wanita yang memahami hati dan kehendak wanita

tudung umma

tudung UMMA yang paling laris, Azra semi instant dengan warna peanut nude. Cantik kan?

Secara jujurnya, walaupun dah hampir 6 tahun berkahwin, sampai ke hari ini Abang Nara masih tidak memahami 100% hati seorang wanita. Bak kata pepatah, hanya wanita sahaja yang akan memahami hati wanita. Sebab itulah founder tudung UMMA ini iaitu Zairin Azman mampu menghasilkan satu jenama yang dapat memenuhi kehendak, impian dan hasrat kaum Hawa di luar sana. Mana mungkin seorang lelaki macam Abang Nara mampu menghasilkan tudung yang sesuai untuk semua peringkat umur, sesuai untuk semua jenis gaya, versatile, selesa dan dijual pada harga yang berpatutan. Tahniah diucapkan kepada Zairin Azman yang berjaya memenuhi kehendak wanita-wanita di luar sana.

tudung umma

Dengar ceritanya, pada bulan Mac ini, UMMA akan lancarkan busana muslimah moden merkea. Fuh!!! Abang Nara pulak yang tak sabar nak melihat rekaan-rekaan yang confirm cun melecun dan awesome dari UMMA. Buat masa ini, khas untuk pembaca BeautifulNara, boleh gunakan kod voucher “TENARA” ketika membuat pembelian tudung UMMA di www.umma.my untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM15. Ini memang special untuk anda semua dari UMMA. Jangan lupa untuk follow Instagram @Umma.my dan juga LIKE Facebook UMMA Malaysia untuk tidak terlepas koleksi terbaru mereka serta sebarang promosi yang ditawarkan. Selamat membeli-belah dan bergaya dengan tudung UMMA.

P.S: Kalau nak beli kat Lazada pun boleh, hanya klik di http://www.lazada.com.my/umma/ atau di FashionValet. Sebarang pertanyaan boleh email ke [email protected] atau telefon terus ke 03 7727 7399.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...