Penyanyi dan pelakon popular Alif Satar sekali lagi bergelar Ironman Langkawi pada tahun 2019 apabila dia berjaya menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya 3.8 km akberenang, 180 km berbasikal dan larian sejauh 42 km.
Tidak dinafikan kehebatan Alif yang berjaya menamatkan kesemua cabaran tersebut dalam tempoh 15 jam 5 minit dan 49 saat.
Menerusi muat naik di akaun Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir memberi sokongan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya sepanjang pertandingan berlangsung.
Ia adalah percubaan kedua Alif dalam cabaran sama. Tahun lalu, dia mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan keseluruhan sejauh 112.7 km, membabitkan berenang sejauh 1.6 km, berbasikal 90 km dan berlari sejauh 21.1 km.