Cik Epal tampil memberi respon terhadap wanita yang didakwa menjalinkan hubungan bersama bekas suaminya, Jofliam.
Kenyataan Cik Epal itu ditulis di akaun Threads selepas tular video yang memaparkan wanita bernama Dewi tersebut tampil dalam satu temu bual di kaca televisyen.
Menerusi temu bual tersebut, Dewi yang ditemu bual oleh Hazq Hussni itu mendakwa Cik Epal ada menawarkan agar dia menjadi isteri kedua Jofliam.
“I didn’t say yes, I didn’t say no”, kata Dewi dalam program tersebut.
Tidak berdiam diri, Cik Epal kemudian membalas kenyataan Dewi di Threads dan menawarkan bekas suaminya kepada mana-mana sahaja wanita yang mahu.
“Ambil jela duda aku tu, aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan”, tulisnya.
Ramai wanita yang memberi respon terhadap kenyataan Cik Epal di mana ada yang menasihatinya untuk tidak ambil tahu tentang kontroversi membabitkan bekas suami dan wanita itu.
Ada juga yang mengkritik dan melemparkan kritikan terhadap Dewi kerana meruntuhkan rumah tangga orang lain dan segelintir individu pula meluahkan rasa simpati terhadap anak Cik Epal dan Jofliam, Han dan Yuki disebabkan apa yang berlaku.
Temu bual tersebut mendapat perhatian ramai warganet dan menjadi bualan di media sosial sejak ia dikongsikan di Youtube Astro Gempak semalam.