Baru-baru ini warganet telah digemparkan apabila personaliti media sosial transgender berasal dari Indonesia, Lucinta Luna telah berpisah dengan suaminya Alan dan dikatakan telah trauma dengan percintaan selepas dipergunakan oleh bekas pasangannya.
Kata Lucinta, dia rela sesiapa mengambil Alan darinya oleh kerena tidak tahan dimain-mainkan. Tambahnya, dia sudah bernekad untuk memfailkan cerai terhadap Alan yang tidak lagi melayan dirinya sebagai isteri.
Kalau semua tanya mana suami saya, ambil je dia. Ni Instagram dia, silakan kutip.
View this post on Instagram
Isu ini telah dikongsi Lucinta semasa live di akaun TikTok miliknya. Personaliti media sosial yang berumur 34 tahun ini terlihat sedih dan kecewa meratapi nasib rumah tangganya bersama suami yang telah hancur.
Bukan itu sahaja, baginya, Alan mula berubah semenjak mereka bernikah dan bersikap dingin terhadapnya apabila telah menerima hadiah komputer riba. Sejak itu, sikit demi sedikit hubungan mereka menjauh.
Selain itu, kami kongikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.