Ambil Inspirasi Cardi B & Nicki Minaj, Haneesya Hanee Menyanyi Rap Kisah Gejala Buli Siber Dalam ‘Mengejar Mimpi!

Hiburan

Ambil Inspirasi Cardi B & Nicki Minaj, Haneesya Hanee Menyanyi Rap Kisah Gejala Buli Siber Dalam ‘Mengejar Mimpi!

Siapa yang tak kenal dengan selebriti yang sering terpalit dengan gosip iaitu Haneesya Hanee? Walaupun memulakan karier seninya sebagai seorang model dan pelakon tapi kini dia mengorak langkah yang lebih jauh apabila baru sahaja meriliskan single pertamanya iaitu “Mengejar Mimpi”.

haneesya hanee nyanyi lagu rap

Advertisement

Bukan calang-calang, meskipun ini adalah pertaruhan pertamanya sebagai seorang penyanyi, dia telah menyahut cabaran menyanyikan rap sambil diiringi nyanyian oleh kumpulan Bimasakti.

Akui sukar untuk membuat keputusan pada awalnya tetapi gadis itu akur dengan dorongan ibunya sendiri serta kumpulan muzik itu.

Sebenarnya pada awalnya susah untuk saya buat keputusan namun selepas berbincang dengan ibu dan Bimasakti, saya terima pelawaan mereka.

haneesya hanee nyanyi lagu rap

Lagu itu telah diubahsuai sedikit bagi menyenangkan gadis itu membawanya. Mulanya, Haneesya ingatkan dia akan menyanyi tapi diminta untuk menyanyikan rap pula walhal dia tidak pernah langsung mencubanya sebelum ini.

Saya banyak merujuk dan mengambil inspirasi dari Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap.

haneesya hanee nyanyi lagu rap

Bagi yang tidak tahu, lagu “Mengejar Mimpi” ini dicipta oleh Harris Yusoff dan liriknya pula ditulis oleh gitaris Bimasakti iaitu Jim. Lagu ini membawa kisah tentang suka duka hidup seseorang disebabkan oleh gejala buli siber yang semakin menular.

Sumber: Murai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...