Boleh dikatakan nama isteri baru usahawan pizza, Jofliam iaitu Dewi hingga ke hari ini menjadi bualan warganet sejak berlakunya isu dakwaan menjadi penyondol dalam perkahwinan lelaki terbabit dan bekas isteri, Cik Epal.
Fara Salleh kesal dengan Shuk Sahar
Nak dijadikan cerita, di platform X, tular satu video memaparkan temubual bekas isteri pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang menyatakan dirinya kesal dengan cara pelawak terbabit menceraikan dirinya hanya melalui telefon bimbit.
Kalau betul kata matang, kalau betul kata cerita bab hadith dekat kawan-kawan mestilah tahu adab dan jumpa keluarga untuk bincang pasal anak.
Dewi kena ambik contoh ni, penyondol yang bahagia cuma memey norman je. Yang lain semua bercerai. pic.twitter.com/RWzQGOfips
— Bbie. (@twtbiy) May 1, 2025
Susulan video tersebut tular di platform media sosial, rata-rata netizen menyatakan bahawa seandainya seseorang wanita itu menjadi ‘penyondol’, pasti perkahwinan mereka tidak akan bahagia.
Netizen beri pesanan ‘pedas’ buat Dewi
Disebabkan itu, netizen memberi pesanan kepada Dewi untuk tidak terlalu gembira dengan perkahwinannya yang sekarang kerana sebelum ini wanita itu juga dikatakan menjadi punca rumah tangga Cik Epal musnah.