Pejam celik pejam celik, sudah lebih 3 bulan rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang PKP ini, ramai rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah iaitu golongan B40 dan M40 yang menerima impak besar daripada segi pendapatan.
Akan tetapi, banyak pihak yang telah tampil menghulurkan bantuan buat golongan kurang berkemampuan ini di bawah satu semangat #kitajagakita. Salah satunya tak lain tak bukan ialah Prego Malaysia yang hadir dengan iniasitif #PregoCares.
Dengan tagline “Ambil Berat, Kongsi Berkat”, inisiatif #PregoCares dari Prego ini terbahagi kepada 2 iaitu Kempen Derma #PregoCares dan Program Makanan Kebajikan #PregoCares. Usaha murni Prego ini dilakukan sebagai tanda terima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang menjadikan Prego sebagai jenama pilihan mereka apabila ingin menyediakan sos pasta dengan mudah serta lazat di rumah.
Untuk makluman, sos pasta Prego diperbuat daripada tomato yang segar, matang serta hadir dalam pelbagai jenis perisa untuk memuaskan selera kita semua. Ok jom kita tengok dengan lebih mendalam tentang kedua-dua langkah di dalam #PregoCares ini:-
Kempen Derma #PregoCares
Kempen Derma #PregoCares ini adalah satu inisiatif yang boleh disertai oleh kesemua rakyat Malaysia. Macam mana caranya?. Bermula dari 1 Jun sehingga 30 Jun ini, RM0.30 daripada setiap pembelian mana-mana produk Prego akan dimasukkan ke dalam satu dana terkumpul. Kemudiannya pada penghujung kempen ini, Campbell Malaysia akan memberikan pek #PregoCares bernilai RM50 kepada 1,400 isi rumah seluruh Malaysia.
Antara produk di dalam pek #PregoCares ini adalah rangkaian produk dari Campbell Malaysia. Anda boleh dapatkan pelbagai produk Prego di Lazada atau di mana-mana pasaraya yang berdekatan sementara stok masih ada.
Jadi sambil kita membeli produk Prego, kita turut sama membantu mereka yang kurang bernasib baik. Insya Allah ada pahala untuk kita juga.
Program Makanan Kebajikan #PregoCares
Prego dengan kerjasama Chef on Wheels sebagai katerer untuk penyediaan makanan dan Malaysian Red Crescent untuk bantuan pengedaran akan memberikan 500 bungkus makanan seimbang sehari kepada komuniti PPR sekitar Lembah Klang selama 28 hari. Secara keseluruhannya, 14,000 makanan akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan iaitu golongan M40 dan B40. Program #PregoCares ini telah pun bermula pada 27 Mei 2020 dan akan berakhir pada 29 Jun 2020 ini.
Semoga dengan keprihatinan dari pihak Prego ini, bebanan untuk golongan yang kurang berkemampuan ini sedikit sebanyak akan menjadi ringan dan pada masa yang sama mereka juga dapat menikmati hidangan lengkap dari Prego.
Jangan lupa kita boleh menjadi sebahagian daripada inisiatif #PregoCares dengan membeli barangan keluaran Prego. Maklumat lanjut sila layari laman web Prego Malaysia dan Facebook Prego Malaysia. Jom ramai-ramai kita turut serta dalam usaha murni #PregoCares ini.