Pelakon versatil, Tony Eusoff berkongsi pengalamannya dipenjara 8 bulan kerana pengambilan bahan terlarang suatu ketika dahulu.
Menyesal dengan tindakannya itu, Tony berkara apa yang paling dikenang akibat hukuman itu ialah dia telah mengecewakan hati ibu tersayang.
Saya rasa sangat bersalah terhadap ibu saya. Masa nak peluk buat kali terakhir, waktu itu lah menitis air mata.
Untuk seorang anak tiada yang lebih menyedihkan hati apabila lihat mak sendiri menangis disebabkan apa yang kita buat. Perkara itu buat saya fikir perlu jadi lebih matang.
Kongsi Tony lagi, usai menjlani hukuman, dia berasa risau dengan penermaan orang namun mendapat sokongan daripada orang sekeliling.
Tambahnya, orang ramai di luar sana tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman atau menilai orang lain yang terjebak dengan perkara yang sama sehinggalah kes selesai.
Jangan cepat menilai, tunggu sehingga kes selesai. Mungkin mereka buat semua itu sebab terdesak.
Kita tak tahu apa masalah mereka hadapi, orang yang ambil ‘barang’ sebab mereka nak lepaskan tekanan. Tiada yang sukarela ambil. Mereka juga ada keluarga, tidak elok jatuhkan hukum.
Tunggu sampai kes selesai kemudian baru menilai. Lain manusia lain cabaran hidup mereka. Serahkan kepada undang-undang. Kita bukan Tuhan, kita tak baik mana dan jangan hakimi orang lain.
Terdahulu, Tony telah diperintahkan oleh Mahkamah Singapura untuk menjalani hukuman penjara 8 bulan kerana memiliki dadah jenis ganja pada tahun 2016 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.