Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi kini dilihat sudah mengubah kerjayanya daripada menjadi seorang pelakon kepada seorang peninju.
Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi telah mengambil bahagian dalam pertandingan tinju yang akan berlangsung pada 15 Februari ini di Seremban.
Menerusi hantaran di akaun Instagram milik Twins Championship, pelakon itu bakal berdepan dengan lawannya iaitu Raj Shankar yang merupakan seorang pelawak dan juga peninju amatur.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berseloroh meminta agar pelawak itu menumbuk hafidz dengan kuat.
Selain itu, ada juga individu yang mempertikai kepakaran pelakon itu dalam meninju.
Sebelum ini, Hafidz pernah dilanda kontroversi hebat selepas dia didakwa menumbuk bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac 2023 yang ketika itu masih bergelar isterinya. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan mereka bercerai talak satu pada 27 Julai 2023.