Amazon Jual Gelang Kejutan Elektrik Bagi Atasi Masalah Ketagih Makanan Ringan

Teknologi

Amazon Jual Gelang Kejutan Elektrik Bagi Atasi Masalah Ketagih Makanan Ringan

Jika anda seorang yang tidak reti langsung dan berhenti dari menguyah makanan dan acap kali nak makan makanan ringan seperti biskut dan juga makanan ringan yang tidak elok untuk kesihatan.

Bagi anda yang ingin menghilangkan perasaan ini, apa kata anda beli gelang elektrik 350 volt yang akan menghalang anda untuk kerap kali mencapai makanan.

Advertisement

Gelang ini akan memberi anda kejutan elektrik daripada butang gelang tersebut yang diaktifkan oleh sensor luaran yang disambungkan ke aplikasi Pavlok pada telefon pintar anda secara berpasangan.

Dengan itu rakan-rakan dan keluarga anda juga perlu memuat turun aplikasi ini bagi menjejaki anda. Jika mereka melihat anda sedang makan dalam kadar yang banyak mereka akan tekan butang tersebut agar anda kena kejutan elektrik.

Gelang ini bukan hanya berfungsi untuk makanan ringan, tetapi ia boleh digunakan untuk membuang tabiat buruk seseorang seperti merokok, menggigit kuku dan tidur secara berlebihan menurut Pavlok.

Walaupun ia berfungsi untuk beri anda kejutan elektrik, gelang tersebut juga akan mengeluarkan bunyi beep dan bergetar.

Sebagai contoh, jika anda ingin bangun tidur lebih awal, gelang ini juga boleh berfungsi sebagai jam loceng.

Ia akan mengejutkan anda dengan bergetar perlahan-lahan di sekitar pergelangan tangan anda untuk membangkitkan anda, tetapi jika anda mengabaikannya, anda akan dilepaskan dengan kejutan elektrik.

Gelang Pavlock 2 dilengkapi dengan pilihan tali silikon berwarna-warni, dan dilengkapi dengan kabel USB mikro untuk mengecas. Baterinya  mempunyai keupayaan lebih daripada 150 jolts kecil untuk satu caj.

Pencipta gelang Pavlock, Maneesh Sethi memberitahu ABC News, kejutan elektrik ini tidak begitu kuat seperti kejutan dari tazer, tetapi ia juga memberikan voltan yang cukup untuk buat anda melompat.

Jika anda terkena kejutan elektrik, rasanya seperti jika anda tersentuh pintu pada waktu sejuk kejutan elektriknya.

Sesiapa yang berminat, anda boleh dapatkan gelang Pavlock 2 boleh di   Amazon.co.uk.

Sumber: Mirror 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...