Orang ramai diharap bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh bermula 3 November 2021 hingga Mac 2022.
Empat hingga enam episod hujan lebat dijangka akan berlaku. Kebanyakan tempat di Malaysia terima hujan pada paras purata sepanjang monsun kali ini.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, pada 26, 27, 28, 29 December dijangka kelajuan angin cecah dari 5mph-25mph dan mungkin naik sehingga 35mph.
amaran untuk 26,27,28,29 december nanti jangkaan kelajuan angin cecah dari 5mph-25mph dan mungkin naik sampai 35mph. pic.twitter.com/Qx92PS4wXS
— 7GL (@Naufalvsthewrld) December 20, 2021
Pada 24 december kelajuan angin naik sehingga 25mph. Purata kelajuan angin di Malaysia adalah dalam 5mph hingga 20mph. Orang ramai diminta ambil langkah berjaga-jaga.
Bagaimanapun, ini hanyalah ramalan dan jangkaan sahaja. Tiada 100% pengesahan bahawa perkara ini akan berlaku. Dalam isu cuaca apa sahaja keberangkalian semua boleh terjadi.
Jadi, diharapkan semua pihak sentiasa bersedia walaupun perkara ini mungkin tidak berlaku, jangan kita leka dan sentiasa berwaspada.
Baca: Jabatan Meteorologi Malaysia Umum Cuaca Dijangka Bertambah Baik, Amaran Hujan Berterusan Tamat