Amar Seorang Lelaki Yang Bertanggungjawab Dan Paling Rapat Dengan Saya – Amyra Rosli

Hiburan

Amar Seorang Lelaki Yang Bertanggungjawab Dan Paling Rapat Dengan Saya – Amyra Rosli

Gosip cinta antara Amyra Rosli dan Amar Baharin bukan lagi satu perkara baharu, malah ada pihak yang mendakwa mereka sudah bertunang dan hendak bernikah.

Advertisement

Buat Amyra,  beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gosip berkenaan dan membiarkan peminat terus berteka-teki tentang statusnya.

Walaubagaimanapun, Amyra akui Amar adalah lelaki yang paling rapat dengan beliau sekarang dan menyifatkan Amar seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Kalau diikutkan Amar adalah lelaki yang paling rapat setakat ini. Dia serius dan bertanggungjawab dan pastinya perkara berkenaan yang membuatkan saya senang bersama dengannya. Saya mahukan lelaki yang ada perancangan masa depan.

Kita berkawan bukan sekadar berteman sebaliknya perlu ada perancangan tentang masa depan dan dia juga ada perkara itu. Jadi ciri-ciri berkenaan juga yang membuatkan saya selesa bersama dengannya.

Apa yang membuatkan Amyra semakin selesa dengan Amar adalah kerana kedua-dua belah keluarga mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Malah, Amar cukup menghormati keluarga Amyra.

Pada masa yang sama, Amyra memberitahu beliau tidak kisah jika berkahwin di usia yang agak muda.

Kahwin muda bukan isu besar memandangkan ibu saya juga bernikah dalam usia yang muda. Apa yang paling penting adalah cara bagaimana untuk melayari kehidupan berumah tangga itu nanti.

Kami doakan yang terbaik buat Amyra dan Amar jika kalian berdua ada jodoh. Pernah gagal dalam perhubungan sebelum ini hanya beberapa bulan sebelum ke jinjang pelamin bersama Dazrin dahulu, mungkin Amyra kini lebih berhati-hati dalam perhubungan bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...